Sumbangan Pendidikan Seni Abad ke-21
1)
Meningkatkan
daya kreativiti, inovasi dan melahirkan tenaga mahir
Sumbangan
pengajaran pendidikan seni pada abad ke-21 ialah dapat meningkatkan daya
kreativiti, inovasi dan melahirkan tenaga mahir. Pendidikan seni ialah salah satu mata
pelajaran yang boleh memupuk kebolehan masyarakat untuk mengharungi satu
cabaran kepada sistem pendidikan negara yang mana Malaysia kekurangan ‘inovator’.
Dengan menambah satu atau dua mata pelajaran baru belum menjamin
melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif, tetapi yang penting ialah kesesuaian
isi kandungan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
terhadap mata pelajaran sedia ada, agar berupaya membina nilai dan keupayaan
tersebut. Oleh itu, untuk melahirkan
guna tenaga yang
berkualiti, perancangan perlu dibuat agar kualiti kreatif dan inovatif dapat
disemai dalam kalangan pelajar melalui pelajaran pendidikan seni. Hal ini demikian untuk memberi penekanan yang
lebih serius malah terancang agar dapat membantu melahirkan guna tenaga yang
berkualiti.
2)
Membina
generasi yang peka
Pengajaran
mata pelajaran pendidikan seni juga boleh meningkatkan kuliti deria kepekaan
individu khususnya yang berkaitan dengan bentuk-bentuk seni dan
persekitarannya. Malah, peka terhadap keindahan dan kebersihan fizikal dan
kebersihan rohani. Untuk menangani
tekanan dan pembangunan yang pesat sebagai negara maju di abad ke-21, sifat
peka ini perlu ditanam dalam kalangan generasi muda. Melalui pelajaran pendidikan seni, domain
afektif pelajar dipupuk dan dijana agar sifat-sifat murni dan pembinaan rohani
mereka terbentuk. Selain itu, melalui
pengajaran pendidikan seni dapat membantu atau menghalang generasi muda
daripada merosakkan harta benda awam untuk menunjukkan perasaan mereka. Pengajaran pendidikan seni dapat memberikan
generasi muda rasa sayang dan peka terhadap persekitaran dan alam sekitar. Oleh
itu, perancangan kurikulum pendidikan seni untuk menyediakan generasi muda abad
ini perlu dibuat dengan teliti agar nilai-nilai murni itu berjaya dibentuk dan
direalisasi. Dengan itu, pada abad ke-21 akan dapat membina satu generasi yang
mampu membudayakan kepentingan nilai estetika dalam kehidupannya.
3)
Meningkatkan
kemahiran menghayati seni
Selain
daripada itu, pengajaran pendidikan seni pada abad ke-21 juga dapat
meningkatkan kemahiran menghayati seni kepada masyarakat. Dengan itu, mereka tahu berbicara tentang
seni, tahu menilai sesuatu bentuk seni seterusnya mampu meletakkan nilai seni
itu sebagai warisan bangsa dan budaya sesuai pada tempatnya. Golongan inilah yang akan menggerakkan
industri seni negara, yang menjadi pelanggan kepada penggiat seni. Apabila semakin berkembang masyarakat yang
celik seni, maka semakin berkembanglah industri galeri dan muzium seni di
negara ini. Industri ini juga sebagai cabang ekonomi yang mana pelancong akan berkunjung
ke Malaysia dan tertarik untuk berkunjung dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan
untuk mendapatkan kepuasan. Maka, pada
abad ini, lingkaran perniagaan industri seni dan pelancongan akan terus
berkembang.
4)
Membina
disiplin
Pengajaran
seni dapat mendisiplinkan pelajat melalui kegiatan dalam pelajaran. Ketika dalam pengajaran Pendidikan Seni,
setiap kegiatan dalam pelajaran ini menyentuh aspek yang berkaitan dengan
prosedur, tatacara dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi khususnya yang
berkaitan dengan penggunaan alat dan bahan, penggunaan teknologi, seterusnya
perlu mematuhi lunas-lunas seni yang halus itu.
Malah, pengajaran seni juga dapat membina nilai-nilai halus dan murni
secara kreatif dan inovatif, membentuk disiplin pelajar seperti juga kentalnya
disiplin guru.
5)
Membina
jati diri dan membina seni yang bersifat global
Pada
abad ke-21, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju. Sebagai sebuah negara yang maju, maka
rakyatnya juga perlu berkualiti antarabangsa. Dengan itu, sekurang-kurangnya, mereka akan
mengenali di manakah negara yang menjadi pasaran produk barangan negaranya yang
diedarkan di merata dunia. Budaya ini
boleh dipupuk melalui pendidikan seni dengan mempelajari seni dalam budaya
lain. Oleh hal itu, dengan mempelajari
daripada pengalaman penstrukturan kurikulum Jepun sebagai yang maju dan produk
industrinya menguasai pasaran dunia dapat dibuat. Dengan itu, kurikulum pendidikan seni
Malaysia pada abad ke-21 perlu berupaya membina semangat jati diri dan membina
ilmu seni yang bersifat global.